Advertisement

Popular Posts

Perkhidmatan mencuci dan mengering untuk team bola sepak/futsal/rugby

ADVERTISEMENTS

Zaman sekarang masing-masing penat menghapuskan lemak di badan. Kalau tanya pada semua lelaki, apakah aktiviti mereka di waktu petang, waktu cuti atau waktu malam? mereka akan menjawab dengan selamba,  bersukan. Ianya sudah menjadi tradisi di Malaysia. Di Kuala Lumpur dan Selangor, pusat-pusat bersukan dan riadah dah makin pesat dengan manusia-manusia sekeliling. Pusing kiri, orang tengah jogging, pusing kanan, orang tengah senaman, pusing depan, budak-budak tengah main bola dan badminton, pusing belakang, ada yang tengah tidur. ekekeke.

Eastica Laundry baru je lepas berbual dengan seorang kenalan yang terlalu aktif bermain rugby. Eastica Laundry cuba menawarkan perkhidmatan membasuh pada kenalan itu, Ya Allah, punya lah seronok dia dengar. Dia kata, ramai budak-budak rugby dia kebanyakkan suruh bini basuh atau emak mereka basuh lepas habis games. Eastica Laundry bertanya, kenapa mereka kena basuh? Kita yang bersukan seronok, orang lain plak kena tanggung kesusahan kita. Dia hanya mampu gelak. Dia bercadang untuk menghantar semua baju & seluar budak-budak team dia selepas bermain rugby kepada Eastica Laundry dan dia juga akan memperkenalkan perkhidmatan Eastica Laundry kepada teman pasukkan lain.

Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. Kepada mereka mereka yang gemar bersukan, pakaian anda yang "teramat kotor" tue boleh lah di hantar ke Eastica Laundry. Hantar petang, esok pagi dah boleh ambil. Kalau basuh kat rumah, tersidai di ampaian lama-lama buat apa? Buat rosak baju je. Sidai di bawah cahaya panas matahari boleh mengeringkan fabrik baju dan bila baju teramat kering , umpama menyarung kertas kotak ke badan. Mesti tak selesa memakainnya kan? Kalau hantar baju di Eastica Laundry, buka sahaja baju lembut, tapi wangi-wangi belaka. Memang kami di Eastica Laundry akan buat yang terbaik untuk pasukan anda.

Jika anda berminat mengguna perkhidmatan Eastica Laundry untuk membasuh & mengering baju team pasukkan bola sepak/futsal/ragbi, boleh lah menghubungi kami di talian 012 222 4317. Kami memang prihatin terhadap anda dan keluarga anda.

No comments:

Post a Comment