Advertisement

Popular Posts

Perkhidmatan mencuci dan mengering untuk sofa

ADVERTISEMENTS


Tudia... lepas satu, satu .. Eastica Laundry membasuhkan? ekeke. Alah, janji material tue adalah fabric kain, kalau berasakan kain, semua boleh basuh. Jangan hantar perabot kayu jati udah, sakit kepala dok fikir macam mana nak sumbat ke dalam washer machine. kehkehkehkeh!

Bercerita tentang sofa, one of our customer, really insist nak basuh dia punya cover sofa ikea dia. katanya raya nak dekat, so dia nak benda semua nya nampak kelihatan baru dan bersih. 

Nampak tak kaler striking merah menyala mak ngah dia? kalau cuci, lagi serlah lah warna terang dia tue kan? huhu.

And yes, Eastica Laundry menyediakan perkhidmatan membasuh dan mengering untuk sofa. Jika anda teringin nak basuh cover sofa, cover cushion, bantal peluk kecil, bantal petak atau bantal kecil, bolehlah  hantar ke pada kami. Kami di Eastica Laundry menerimanya dengan hati yang terbuka. Seronok tengok impression muka customer yang girang dan sambil buat muka tak puas ati bertanya "serius boleh basuh nie?". "Iye, serius kak! Ini bukan main-main!", gelak kami satu kedai dobi.

Bercakap tentang sofa, kebanyakkan rumah-rumah kenalan Eastica Laundry, ramai yang tak prihatin. Mereka hanya tahu, basuh langsir bila raya, tapi, sofa? mereka sedikit pun tak pernah nak ambil tahu. Selagi benda tue kukuh dan boleh duduk atas dia, selagi tue mereka tak risau. Buat apalah nak membazir beli sofa baru kalau kita benar-benar tahu menjaganya. Bila basuh, dah nampak baru semula. 

Eastica Laundry percaya, ramai yang tidak tahu bahawa sofa pun boleh di basuh. Tapi mereka tidak tahu caranya. Dari anda-anda semua merosakkan fabrik kainnya, kenapa tidak menghantar dan serah bulat-bulat kepada kami? Kami tahu cara membersihnya!

Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi kami di talian 012 222 4317. Kami berada di area Ampang.

No comments:

Post a Comment