Advertisement

Popular Posts

Job Pertama - Langsir & Jersi Sekolah

ADVERTISEMENTS

Alhamdulillah, rezeki tue ada di mana-mana, cuma perlu sedikit usaha untuk mendapatkannya.

Eastica Laundry amat berbesar hati dengan support yang di berikan dengan satu sekolah nie. Sekolah tersebut menghantar Jersi sekolah dan langsir-langsir semua kelas dan skirting pentas untuk di basuh. Terima kasih kepada guru besar, penolong kanan dan semua guru-guru kelas yang turut memberi kerjasama membuka langsir-langsir mereka tue. hehe. Insyallah, lepas raya nie ada lagi langsir yang akan di hantar kepada Eastica Laundry, menurut mereka.




Kami di Eastica Laundry turut gembira dengan kehadiran jersi dan langsir-langsir itu. Insyallah, jika di limpahkan rezeki melimpah ruah, Eastika Laundry akan menyumbang ikhlas kepada sekolah tersebut sebagai tanda penghargaan. Eastica Laundry akan buat satu surat ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi Eastica Laundry ruang untuk memberi perkhidmatan terbaik se-awal pertubuhan Eastica Laundry di dunia Laundry ini. Eastica Laundry percaya setiap perbuatan jujur dan baik akan sentiasa di balas baik.

Terima kasih kepada Encik Nazif di atas sokongan beliau. Jasa kamu di kenang sampai mati.

No comments:

Post a Comment